Thursday, December 25, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Sungai Congkak













Perkelahan anjuran DDN department, Telekom Malaysia Bhd.

Thursday, December 18, 2008

Downstream Asia Rountable 2008















Downstream Asia 2008 at Shangri-La Hotel.










Friday, December 12, 2008

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

20 Disember 1925, Tun Mahathir telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar drpd seorang penjual yg masa itu hendak mengahwinkan anaknya.

Semasa dibeli rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja, dan mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.

Usaha untuk membaik pulih rumah ini dilakukan pada tahun 1992 oleh Arkib Negara, dijadikan pameran dan khazanah negara.

Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang bukan berketerunan bangsawan. Ayahnya seorang guru berbahasa inggeris di sebuah sekolah. Ibunya pula mempunyai talian darah dengan pembuka terusan Wan Saman, iaitu Wan Saman. Panggilan manja ibunya kepada Mahathir ialah C.H.E Det.

Mahathir tidak pernah makan ikan (kecuali sardin, ikan bilis) semasa beliau kecil sehingga lah dewasa kerana menurut emaknya memakan ikan mengakibatkan cacing di dalam perut.


Replika Tong Padi.

Replika Kereta Roda yang dinaiki Mahathir untuk ke sekolah.

Basuh kaki sebelum masuk Rumah Pameran. Adat orang Melayu.

Pintu masuk Rumah Pameran. Terdapat dua Rumah Pameran.

Rumah Bumbung Lima (Pameran 1)
Mempamerkan bahan2 berkaitan Biografi, latar belakang keluarga, pendidikkan, kerjaya dan juga penulisan2 beliau.

Rumah Bujang (Pameran 2)
Mempamerkan artifak/gamba2 mengenai kegiatan Mahathir dalam politik dr peringkat awal sehingga menjadi PM.

Sekitar Kawasan Rumah Pameran Dr. Tun Mahathir Mohammad.

Pameran Kilang Ais terletak bersebelahan Rumah Kelahiran Mahathir.

Kilang Ais ini adalah merupakan kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Bangunan kilang ais ini telah dibuat konservasi dan dikekalkan untuk pameran. Juga untuk menggambarkan kegigihan bagaimana seorang anak melayu yg belajar dalam suasana kebisingan mampu mencatat kejayaan sebagai seorang doktor dan pemimpin negara.

Sekitar Kilang Ais

Nasi Kandar Aina. Promote tempat makan tgh hari di alor setar.

Monday, December 8, 2008

Gua Kelam, Perlis

Perjalanan ke Gua Kelam versi Pantun.

Gua Kelam indah menawan,
Titian gantung mengusik jiwa,
Andai hidup tidak berkawan,
Ibarat badan tidak bernyawa.

Masuk Dewasa RM 1.00, Kanak-kanak 50 sen

Poom, aienull 3, aienull 1, Purin

Batuan gua.

Gua bersungai titi direntang,
Terowong bijih mengimbau nolstalgia,
Maruah kita sama ditatang,
Supaya hidup aman bahagia.

Kesan artifak moden, contengan

Titian perjalanan

Wartawan melaporkan

Power rangers

Penunggu gua

Keindahan semulajadi.

Kolam bijih airnya tenang,
Tempat minum hidupan di rimba,
Berbuat bakti kalau dicanang,
Ibarat air bocor di timba.

Pintu keluar gua.

Terbang unggas di taman rusa,
Singgah makan di pinggir laman,
Andai hilang budaya bangsa,
Hidup gelisah tidak berpedoman.

Cave of Darkness

Gaya seorang pewira.

Berkocak air di bawah titi,
Ikan melompat di malam gelita,
Dekat di mata sayang di hati,
Itulah Perlis negeri tercinta.